Thursday, 27 September 2012

PETUA MENGHILANGKAN BATUK YANG BERTERUSAN

Kepada sesiapa yang sudah lama mengalami batuk yang berterusan, di sini ada beberapa petua yang boleh diamalkan.  Semoga ianya dapat mengurangkan seterusnya menyembuhkan batuk yang anda alami ini, InsyaAllah.
 
  1. Ambil sebiji bawang merah.  Tumbuk sampai limat.  Kemudian campurkan dengan satu sudu madu lebah.  Minumlah tiga kali sehari. 
  2. Campurkan satu sudu kecil kicap bersama-sama dengan sebiji pati limau kasturi.  Kacau dengan jari kelingking sambil berselawat sebanyak 3 kali dan minum.
  3. Rebus 8 helai daun pudina bersama-sama dengan beberapa ketul gula batu selama lebih kurang 5 minit.  Minum air rebusan tersebut sehingga batuk anda pulih.
  4. Ambil isi daripada daun lidah buaya dan hiris halis-halis kira-kira 20 gram.  Campurkan bersama satu sudu madu dan minumlah sebanyak 2 kali sehari selama lebih kurang 9 hari.
  5. Parut 1/4 biji buah pala dan kemudiannya dicampurkan dengan perahan air daripada 1/2 biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih.  Gunakan ramuan ini untuk disapu dibelakang pesakit.
  6. Campurkan air limau nipis suam bersama-sama dengan madu biobarakah (madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda.).  Kemudian campurkan sedikit gula batu.  Minum beberapa kali sehingga betuk anda hilang.
 
Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak kecil yang mengalami batuk berkahak, boleh mencuba petua ini.  Ramas daun kaduk yang dicampur bersama sedikit kapur siren dan air.  Kemudian lumurkan di atas dada dan perut bayi anda.  InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama dengan najisnya.

Di samping itu anda juga harus menjaga pemakanan dan gaya hidup anda:-
  1. Jangan terlalu banyak makan makanan manis
  2. Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
  3. Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
  4. Jangan makan banyak mekanan pedas
  5. Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.

Monday, 24 September 2012

JERAGAT DAN CARA MENGATASINYA




Semenjak usia menginjak angka 40-an ni,  macam-macam masalah timbul.  Salah satu daripadanya ialah jeragat yang mula timbul dan memcacatkan kulit wajah.

Jeragat terjadi disebabkan oleh melanin yang terkumpul.  Lama-kelamaan ianya menjadi warna coklat muda ataupun coklat tua.  Biasanya ia menjadi tompok berwarna hitam dibahagian pipi, dahi ataupun dagu.  Keadaan ini boleh memcacatkan wajah dan jika  dibiarkan dan tidak dirawat, lama kelamaan ianya boleh menjadi punca kepada canser kulit.
 
Fakta menunjukkan bahawa jeragat tidak dapat dipulihkan.  Tetapi ia dapat dikurangkan ataupun dipudarkan.  Bagi anda yang tidak mempunyai jeragat, anda boleh mencuba petua di bawah ini kerana bak kata orang, "lebih baik mencegah daridapa merawat".
 
Sebab-sebab terjadinya jeragat adalah:-
 
  1. Pancaran UV matahari yang terus ke kulit.
  2. Hormon yang tidak seimbang ketika mengandung ataupun menopaus.
  3. Tidak cukup tidur.
  4. Make-up yang digunakan bermutu rendah.
  5. Ada masalah dengan limpa.
Petua tradisional yang boleh diamalkan:-
 
  1. Sapu kulit pisang berangan pada jeragat, biarkan selama 5 minit dan kemudian bersihkan dengan air bersih.
  2. Ambil putih telur dan rendamkan tisu kedalamnya.  Lekatkan tisu tersebut ke muka anda yang ada jeragat dan biarkan sehingga ia kering.  Bersihkan muka dengan air bersih.
  3. Gosokkan muka anda dengan daun sireh muda setiap pagi sebelum membersihkan muka anda.
  4. Gosokkan hampas kelapa di muka dan biarkan selama 15 minit.
Amalkan selalu petua-petua di atas.  InsyaAllah jeragat anda akan berkurangan dan kulit muka anda akan menjadi cantik dan gebu.

PETUA MENGHILANGKAN MASALAH PERUT KEMBUNG

Selama sebulan lebih saya mengalami masalah perut berangin ataupun perut kembung.  Sudah beberapa kali saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan, namun masalah masih juga tidak selesai.  Bermacam-macam ubat telah saya ambil untuk menghilangkan angin tersebut, namun sehingga kini perut saya masih kembung.

Yang peliknya saya kentut dan sendawa beberapa kali, namun angin tersebut seakan-akan tidak mahu hilang.  Ianya seperti keluar angin lama, masuk angin baru.  Pelik.  Saya terfikir-fikir, dari mana datangnya angin tersebut.  Adakah daripada makanan yang saya ambil?

Saya cuba untuk menjaga diet saya.  Makanan yang boleh mendatangkan angin, saya elakkan.  Saya juga makan mengikut masa yang sesuai.  Namun masalah seperti tidak mahu meninggalkan saya. Perut saya masih tidak selesa.

Saya banyak melayari internet untuk mencari apakah punca-punca yang dapat menyebabkan masalah perut berangin ini dan apakah petua yang dapat saya amalkan untuk mengubatinya.  Daripada pembacaan ini, saya dapati banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah angin berlebihan, diantaranya iala
  1. Tekanan – Individu yang tertekan biasanya menelan lebih banyak angin
  2. Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras
  3. Merokok
  4. Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk
  5. Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara
  6. Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut
  7. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan
  8. Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.

Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah:
  • Bunga kubis
  • Kekacang
  • Kubis
  • Kubis Brussels
  • Brokoli
  • Bran
  • Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
  • Bawang
  • Makanan bergoreng dan banyak lemak
Untuk mengurangkan/menghilangkan angin tersebut cubalah kita amalkan kaedah berikut:-  
  1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
  2. Banyakkan minum air kosong.
  3. Kurangkan udara yang anda sedut.
  4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
  5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
 
Dan berikut adalah petua orang Melayu untuk membuang angin dalam badan:-
 
  1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.  Minum ramuan ini sebulan sekali.
  2. Satu lagi petua yang saya jumpa ialah dengan menggunakan halia. Ambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk (jangan terlalu lumat).  Campurkan ke dalam setengah gelas air panas yang mendidih.  Tutup gelas tersebut dengan piring selama 10 minit.  Kemudian tapis dan ambil airnya.  bahagikan kepada dua bahagian.  Anda boleh minum satu bahagian dan satu bahagian lagi boleh disimpan di dalam peti sejuk.  Bila mana anda merasa perut kembung, minumlah bahagian tersebut.  lakukan sehingga kembung perut anda hilang.
Selamat mencuba bersama-sama saya...
 
 

Sunday, 23 September 2012

PETUA SEMASA MENGANDUNG



1. Elakkan mengangkat benda-benda terlalu berat kerana boleh menyebabkan rasa mual dan hendak muntah.
2. Elakkan ‘melompat’ dari katil selepas bangun tidur.
3. Amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik yang baik...
untuk pertumbuhan otak bayi dan badan ibu.
4. Sesetengah ibu mengalami gejala gusi lembut dan mudah berdarah. Pilihlah berus gigi dari jenis yang lembut.
5. Banyakkan memakan sayur, buah dan yogurt. Elakkan makan buah nenas atau buah peach kerana boleh menjadi punca keguguran.

PETUA MUDAH BERSALIN

1. Minum Minyak Tanak
Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak (santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh. Boleh juga membeli ubat mudah bersalin yang dijual di Homeopathy.

2. Telan Telur Ayam
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.

3. Pemakanan Salindah (dicadangkan)
Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung.

Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapat melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati.

VITAMIN PENTING SEBELUM BERSALIN

B1 : Membantu melegakan deman panas, selsema batuk ,bengkak sendi, sakit kepala, dan menambah darah bagi orang yang pucat.

B2 : Membantu mengatasi masalah kurang selera , menambahkan darah dan sakit tulang. Ia juga boleh diamalkan sebagai rencana pemakan tambahan bagi wanita yang sudah menaglami menopaus untuk masalah kereputan tulang .

B3 : Membantu mengatasi masalah sukar untuk tidur , pelupa malas dan perasaan takut-takut.

B4 : Membantu wanita mengatasi maslah meroyan lama, senggugut dan sakit kepala berdenyut.

B6 : Membantu mengatasi bengkak sendi, sengugut, penyakit keputihan(lukorea) dan memulas dalam perut.

Dipetik dr www.melayukini.net
 
 

PETUA KEKAL LANSING


Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi.
 
Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua.
 
Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.


Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:-
  1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
  2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung.
  3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
  4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).


Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".
Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi.

Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya

PETUA MUDAH MELAHIRKAN ANAK

 
 
 
 
Kebanyakan orang tua-tua mengesyorkan agar ibu-ibu yang sudah sarat  mengandung (dah masuk sembilan bulan ke atas) supaya mengamalkan meminum air kelapa muda untuk memudahkan bersalin (dengan izin Allah).  Selain itu ia juga dikatakan dapat membantu membersihkan kepala bayi sewaktu keluar dari faraj si ibu.
 
Amalkan meminum air kelapa muda ini satu gelas sehari, dua tiga hari dalam seminggu.
 
Selain daripada itu, sesetengah bidan di kampung meminta agar ibu-ibu mengandung mengamalkan meminum minyak kelapa ketika kandungan sudah memasuki usia enak bulan ke atas.
 

Di samping itu perbanyakkanlah berdoa agar Allah membantu kita nanti.