Monday, 24 September 2012

PETUA MENGHILANGKAN MASALAH PERUT KEMBUNG

Selama sebulan lebih saya mengalami masalah perut berangin ataupun perut kembung.  Sudah beberapa kali saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan, namun masalah masih juga tidak selesai.  Bermacam-macam ubat telah saya ambil untuk menghilangkan angin tersebut, namun sehingga kini perut saya masih kembung.

Yang peliknya saya kentut dan sendawa beberapa kali, namun angin tersebut seakan-akan tidak mahu hilang.  Ianya seperti keluar angin lama, masuk angin baru.  Pelik.  Saya terfikir-fikir, dari mana datangnya angin tersebut.  Adakah daripada makanan yang saya ambil?

Saya cuba untuk menjaga diet saya.  Makanan yang boleh mendatangkan angin, saya elakkan.  Saya juga makan mengikut masa yang sesuai.  Namun masalah seperti tidak mahu meninggalkan saya. Perut saya masih tidak selesa.

Saya banyak melayari internet untuk mencari apakah punca-punca yang dapat menyebabkan masalah perut berangin ini dan apakah petua yang dapat saya amalkan untuk mengubatinya.  Daripada pembacaan ini, saya dapati banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah angin berlebihan, diantaranya iala
  1. Tekanan – Individu yang tertekan biasanya menelan lebih banyak angin
  2. Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras
  3. Merokok
  4. Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk
  5. Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara
  6. Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut
  7. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan
  8. Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.

Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah:
  • Bunga kubis
  • Kekacang
  • Kubis
  • Kubis Brussels
  • Brokoli
  • Bran
  • Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
  • Bawang
  • Makanan bergoreng dan banyak lemak
Untuk mengurangkan/menghilangkan angin tersebut cubalah kita amalkan kaedah berikut:-  
  1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
  2. Banyakkan minum air kosong.
  3. Kurangkan udara yang anda sedut.
  4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
  5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
 
Dan berikut adalah petua orang Melayu untuk membuang angin dalam badan:-
 
  1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.  Minum ramuan ini sebulan sekali.
  2. Satu lagi petua yang saya jumpa ialah dengan menggunakan halia. Ambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk (jangan terlalu lumat).  Campurkan ke dalam setengah gelas air panas yang mendidih.  Tutup gelas tersebut dengan piring selama 10 minit.  Kemudian tapis dan ambil airnya.  bahagikan kepada dua bahagian.  Anda boleh minum satu bahagian dan satu bahagian lagi boleh disimpan di dalam peti sejuk.  Bila mana anda merasa perut kembung, minumlah bahagian tersebut.  lakukan sehingga kembung perut anda hilang.
Selamat mencuba bersama-sama saya...
 
 

39 comments:

  1. Salam...

    Bagaimana pengalaman anda mengamalkan petua2 di atas? Adakah berkesan?

    Saya juga sedang mengalami sakit kembung perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, setelah mencuba dan mengamalkan kaedah pemakanan yang disarankan, kembung perut saya sudah semakin berkurangan. Amalan ini haruslah dilakukan. Cubalah. Semoga Allah membantu anda...

      Delete
  2. hmmm... sy pun ada masalah kembung perut.. petua2 yg dicuba pun tak berapa memberi kesan yg diharapkan. cubalah cari tablet arang, mungkin boleh memberi sedikit kelegaan.

    ReplyDelete
  3. tablet arang? dkt farmasi ada jual tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tablet arang tu biasanya saya ambil di klinik panel..tp di farmasi InsyaAllah ade..tanye Charcoal Tablet..

      Tips Atasi Kembung Perut

      Delete
  4. Thanks for sharing..info yang sangat membantu..halia memang selalu dicadangkan untuk masalah angin..

    pendapat saya Tips Atasi Kembung Perut

    ReplyDelete
  5. Thanx atas info yg brguna ni..sy sedang mngalami kembung perut..perit x trkata.. hr ni masuk hr yg ke enam..mudah2 han petua ni serasi dgn sy..

    ReplyDelete
  6. yerp. saya pon same. dah hampir sebulan. mcm2 dah check. Hplory semua tu dah pg check. Xde ape2. skrg doktor bagi makan arang jek lah utk tempoh sebulan. tunggu followup katenye.

    Tersilap makan siket jek, habis lah berguling. :(

    ReplyDelete
  7. Saya pun sedang mengalami kembung perut,tiba2 ja dtg:(

    ReplyDelete
  8. saya pun baru dua tiga hari ni kembung perut....sampai nak sesak napas....huhuhu beli zellox......kuranglah sikit...

    ReplyDelete
  9. saya pun baru dua tiga hari ni kembung perut....sampai nak sesak napas....huhuhu beli zellox......kuranglah sikit...

    ReplyDelete
  10. dalam usus saya ade luka,makan tak boleh perut kembung susah nak makan, tolong saya

    ReplyDelete
  11. Saya dah tiga minggu kena kembung perut dan cirit birit pada waktu pagi. Saya sangat risau, adakah itu tanda tanda awal kanser usus?

    ReplyDelete
  12. Masalah kembung perut ni sudah menjadi perkara biasa sekarang ni. Mungkin sebab gaya hidup dan pemakanan kita. Apa yang penting makan makanan sihat dan ikut masa yg sepatutnya. Ikut pengalaman saya, saya makan sikit2 tapi kerap. Paling kurang 5x sehari. Biasanya masalah kembung perut ni mengambil masa utk sembuh..so bersabarlah

    ReplyDelete
  13. Mkn Daun Belalai Gjah jer.insyllh ok

    ReplyDelete
  14. Saya sudah mengalami kembung berbulan lamanya...semua jenis mknan yg sy ambik perut akan kembung...dh cuba rebus serai halia dgn bwg putih pom tetap kembung...dh xtau nk buat apa

    ReplyDelete
  15. Saya sudah mengalami kembung berbulan lamanya...semua jenis mknan yg sy ambik perut akan kembung...dh cuba rebus serai halia dgn bwg putih pom tetap kembung...dh xtau nk buat apa

    ReplyDelete
  16. Saya dah 5 bulan mengalami masalah perut kembung dan kerap sendawa . Badan rasa letih , sakit kepala , lenguh2 badan . Pernah xray dan hasilnya normal , alhamdulillah .Dah makan ubat doktor dan ubat tradisional cina hasilnya pun sama . Urut dah bekam pun dah . Lepas makan rasa okay sikit , selang berapa jam terasa kembung balik . Hari-hari rasa mcm ni sampai tak tahu dah nak buat apa . Kalau ada petua sama2 la kita kongsikan . Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Satu lg amalan saya utk kurangkan kembung perut ialah makan yogurt setiap hari. InsyaAllah kembung perut saya cepat hilang

    ReplyDelete
  18. Satu lg amalan saya utk kurangkan kembung perut ialah makan yogurt setiap hari. InsyaAllah kembung perut saya cepat hilang

    ReplyDelete
  19. salah belaka...sebenarnya kita sedang menghidapi flu atau selsema...so makanlah ubat selsema..selamat mencuba

    ReplyDelete
  20. salah belaka...sebenarnya kita sedang menghidapi flu atau selsema...so makanlah ubat selsema..selamat mencuba

    ReplyDelete
  21. Salam...

    Jika kite sedang mengalami kembung perut dan kite memuntahkan kesemua ape yg ade dlm perot kite adakah dpt menghilangkan angin dlm perot?...

    ReplyDelete
  22. Salam...

    Jika kite sedang mengalami kembung perut dan kite memuntahkan kesemua ape yg ade dlm perot kite adakah dpt menghilangkan angin dlm perot?...

    ReplyDelete
  23. Assalam semua.. saya ingin cadangkan pada yang ada masalah kembung perut boleh try supplement shaklee iaitu peppermint ginger plus. In Shaa Allah bole cuba. Berminat bole order dengan saya melalui wassap 018-2027262

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Brapa rm sis jual sebotol skali ngan pos

      Delete
  24. salam..dh berbulan2 sy mngalami kembung perut.. slepas sy baca komen2 di atas, kmungkinan vape yg sy sedut hari2 tu punca dia..byk sgt tips prmkanan korg bg...xtau nk try mne 1 dlu..hehe.. tp yg yoget tu mcm best je nk try.. tq semua

    ReplyDelete
  25. Macam2 petua ada.. tapi tak semua sesuai untuk individu masing. Saya la ni amalkan makan madu dan susu kambing.

    ReplyDelete
  26. Perut saya kembung n cirit birit...mmg dh dkt 2 thn sya alami pnykt ni...masih blm jmpa penawarnya...tlg bgi cdgn shbt

    ReplyDelete
  27. Perut saya kembung n cirit birit...mmg dh dkt 2 thn sya alami pnykt ni...masih blm jmpa penawarnya...tlg bgi cdgn shbt

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  28. saya pun sama. dah sbulan kekembungan. warded dan teroperate bnda lain plk. kembung masih tak selesai. smpila ade yg nasihatkan sy beli probiotik. sy beli yang mahal sekali..yang dok dalam peti ais. beli kat farmasi. dua biji pertama..trus hilang kembung..smpila hr ni. tak tau mana silapnya..hr ni kembung balik..mngkn silap makan. tp xtau tersalah makan ape. stress.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. bila cuba ambik minyak kapsul minyak zaiton

    ReplyDelete
  31. masalah yng sama perut kembung.....satgi nak pi jumpa doktor ....apa yng akan dibagitau?
    nak try makan madu .....

    ReplyDelete